Tuesday 7 August 2012

Kemusykilan RAMADHAN (sambungan)

..... sambungan .....

Dipetik daripada buku : 
merungkai kemusykilan Ramadhan (Ustaz Mohamad Hanif Haron)

5) Niat sebulan puasa tetapi terdapat perkara-perkara yang menghalang untuk berpuasa.

Soalan : Jika saya niat puasa sebulan sekaligus mengikut mazhab Imam Malik tetapi pada pertengahan bulan Ramadhan saya tidak berpuasa disebabkan haid atau sebab-sebab tertentu seperti sakit atau lain-lainnya. Adakah memadai dengan saya berniat sebulan pada awalnya untuk terus berpuasa atau perlu memperbaharui niat semula?

Jawapan : 

Jika puasa ramadhan kita terputus disebabkan haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa seterusnya. sebaliknya hendaklah memperbaharuiniat apabila tiadak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa ramadhan. Maksudnya dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa ramadhan yang berbaki iaitu niatnya :

" Sahaja aku berpausa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Taa'la. "

6) Hukum berpuasa tetapi tidak menunaikan solat

Soalan : Bagaimanakah hukum seseorang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat? Adakah puasanya sah di sisi Allah?

Jawapan :

Seseorang yang muslim semestinya harus menunaikan solat dan tidak boleh sama sekali meninggalkannya melainkan disebabakna keuzuran. Dalam masalah ini,  telah disebut dalam ayat Al-Qura'n :

Maksudnya : " Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan".

                                              (Surah al-Baqarah : ayat 58)

Dalam ayat ini, secara ringkasnya memberi gambaran bahawa ada golongan manusia yang hanya melaksanakn beberapa tuntutan sahaja dan meninggalkan tuntutan wajib yang lain. maka perbuatan ini amat dilarang oleh syarak.

Manakala berkaitan dengan masalah puasa samada ia sah atau tidak, puasanya dikira sah walaupun tidak menunaikan solat. Tetapi dengan meninggalkan solat dengan sengaja,itu merupakan salah satu dosa besar.

7) Perkara-perkara makruh dilakukan dalam bulan Ramadhan

Soalan : Apakah perbuatan yang menyebabkan puasa menjadi makruh dalam bulan Ramadhan?

Jawapan :

Puasa makruh disebabkan :
- berbekam
- mengeluarkan darah
- bercumbuan sesama suami isteri
- merasa makanan
- bersugi selepas gelincir matahari
- mencium wangian.

...untuk mengetahui lebih banyak kemusykilan Ramadhan, boleh lah membeli buku hasil karya penyusunan Mohamad Hanif bin haron yang bertajuk Merungkai kemusykilan Ramadhan...

~ Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah ~

No comments:

Post a Comment

All right reserved by me @copyright protected