Tuesday 28 August 2012

Kelebihan Puasa ENAM SYAWAL

Assalamualaikum..


Kesempurnaan ibadat seseorang islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. , malah ia juga ditampung oleh amalan-amalan sunat yang memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Dari Abu Hurairah r.a , Nabi bersabda :

" Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun."

Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala berpuasa setahun.

Antara kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal ialah :

- ia umpama sunat rawatib sesudah solat fradhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu yang menjadi tanda diterima puasa Ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada nikmat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik, mrndapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikat maut mencabut nyawa.


Adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain. 

Oleh itu, marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam untuk mendapatkan fadhilat yang telah ditetapkan Allah pada hamba-hambaNya.

Moga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya..InsyaAllah...

Sunday 19 August 2012

SYAWAL PULA MENJELMA

Assalamualaikum...


Salam Eidul Mubarak..
Taqabballahuminnawaminkum.
Maafkan andai saya ada salah silap.
Moga kita mendapat ilmu yang bermanfaat.
Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita untuk tahun ini.
Masihkah ada Ramadhan untuk kita tahun hadapan?
InsyaAllah, hanya Allah yang lebih mengetahui.
Raikan Syawal sebagai satu Kemenangan.
 Tingkatkan iman hari demi hari...

Untuk renungan bersama =)

By : Opick
Title : Taqwa


Friday 17 August 2012

Kerana budak, makcik tua itu memeluk ISLAM..


Assalamualaikum..

Kisah yang menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya.
Kisah menarik  ini bermula di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua. Insha Allah.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
P/s : Jutaan terima kasih tu Melayukini.net
~ sharing IS caring ;) ~

Wednesday 15 August 2012

RAMADHAN HAMPIR BERLALU PERGI

Assalamualaikum..

sedihnya Ramadhan hampir berlalu pergi.


"Sama seperti kehilangan someone. Bila dia dah pergi, barulah kita belajar menghargai."


P/S : million thanks to Muhammad Rusydi coz bagi peluang share =) 



Sunday 12 August 2012

IMAN (AKIDAH)

Assalamualaikum


Mengenai cabang iman

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Keimanan itu 70 cabangnya. Yang afdhalnya ialah La ila ha illallah dan yang terendah ialah menolak akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan. Dan MALU itu cabang yang terpenting."


Iman yang berkaitan dengan akidah dibahagikan kepada 30 perkara


1)  Beriman kepada Allah dan tidak berlaku syirik kepadaNya.
2)  Selain Allah, semuanya adalah ciptaanNya dan hanya Dia yang kekal buat selamanya.
3)  Beriman kepada malaikat.
4)  Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.
5)  Beriman dengan utusan-utusan Allah.
6)  Beriman dengan taqdir Allah, samada baik atau buruk.(semuanya dari Allah)
7)  Beriman dengan hari qiamat.
8)  Beriman dengan adanya neraka.
9)  Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.
10) Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.
12) Mencintai baginda Rasulullah s.a.w
13) Ikhlas
14) Taubat.
15) Takut kepada Allah
16) Mengharapkan rahmat Allah
17) Jangan berputus asa dengan rahmat Allah
18) bersyukur.
19) Menepati janji.
20) Bersabar.
21) Tawadhuk.
22) Mengasihi dan bersikap lemah lembut.
23) Redha dengan apa yang ada.
24) Tawakal.
25) Tidak sombong.
26) Menjauhi kemarahan.
27) Berperasaan malu
28) Menjauhi iri hati dan hasad dengki.
29) Menjauhi kekecohan seperti buruk sangka dan tipu daya.
30) Tidak terlalu mencintai dunia.





Saturday 11 August 2012

ZAKAT FITRAH

Assalamualaikum..


Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda iaitu membayar zakat fitrah untuk diri anda dan tanggungan anda apabila tiba bulan Ramadhan?

Saya sudah. Anda? =)


MAKNA

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam tanpa mengira umur dan dimana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.

Ia sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan juga buruk untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 syawal (siang & malam).


KADAR FITRAH

Kadar Fitrah : satu gantang Baghdad (2.3 kg beras) atau senilai dengannya (ijtihad).

Kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2012/1433H.


SYARAT ZAKAT FITRAH
1) Islam.

2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih daripada keperluan diri dan tanggungannya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya.

3) Dapat menemui dua masa (akhir Ramadhan dan awal Syawal). 
- Orang yang meninggal dunia sebelum matahari terbenam atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam 1 syawal tidak wajib fitrah ke atasnya.


GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1) Fakir Miskin
2) Amil zakat
3) Muallaf
4) hamba yang ingin memerdekakan dirinya
5) Orang yang berhutang
6) Fi sabilillah
7) Ibnu Sabil


WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
Terbahagi kepada 5 :

1) Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit       matahari keesokan harinya.

2) Waktu paling afdhal : Sebelum Solat Sunat AidilFitri.

3) Waktu Sunat : Sepanjang Ramadhan.

4) Waktu Makruh : Selepas Solat Sunat AidilFitri sehingga terbenam matahari 1 syawal.

5) Waktu haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal.


NIAT ZAKAT FITRAH

Lafaz Ijab : 

 Inilah zakat fitrah yang wajib ke atas diri saya dan tanggungan saya tahun ini kerana Allah Taa'la.


DOA ZAKAT FITRAH


Thursday 9 August 2012

LAILATUL QADR

Assalamualaikum...

 Lailatul Qadr adalah pada 10 malam terakhir yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam kerana ia adalah malam yang penuh dengan keberkatan dan ia lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut adalah orang yang paling beruntung.


Daripada Hazrat Abu Hurairah R.A,

Rasulullah S.A.W telah bersabda :

" Sesiap yang berdiri beribadat pada malam Lailatul Qadr dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran), akan diampunkan dosanya yang terdahulu."

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun 'alaih) - at-Targhib)

Sumber  : Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin 'Abd. Wahab). 1999, FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn.Bhd. m.s 63


Hikmah
Apabila seseorang mengetahui malam lailatul qadr, eloklah dipierbanyakkan doa dan istigfar serta beribadat  pada malam dan keesokannya, untuk mendapat fadhilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam dengan ibadat (sekurang-kurangnya melakukan solat jemaah setiap waktu Maghrib, isyak dan subuh), kata ulama dia pasti peroleh fadhilat Lailatul Qadr.
 

 
 

Wednesday 8 August 2012

Zikir Harian

Assalamualaikum..

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang sentiasa mengingati Allah.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan setiap hari :


Semoga dengan melakukan amalan zikir ini akn menambahkan rasa cinta kita kepada Allah dan rasulNya.



Tuesday 7 August 2012

Kemusykilan RAMADHAN (sambungan)

..... sambungan .....

Dipetik daripada buku : 
merungkai kemusykilan Ramadhan (Ustaz Mohamad Hanif Haron)

5) Niat sebulan puasa tetapi terdapat perkara-perkara yang menghalang untuk berpuasa.

Soalan : Jika saya niat puasa sebulan sekaligus mengikut mazhab Imam Malik tetapi pada pertengahan bulan Ramadhan saya tidak berpuasa disebabkan haid atau sebab-sebab tertentu seperti sakit atau lain-lainnya. Adakah memadai dengan saya berniat sebulan pada awalnya untuk terus berpuasa atau perlu memperbaharui niat semula?

Jawapan : 

Jika puasa ramadhan kita terputus disebabkan haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa seterusnya. sebaliknya hendaklah memperbaharuiniat apabila tiadak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa ramadhan. Maksudnya dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa ramadhan yang berbaki iaitu niatnya :

" Sahaja aku berpausa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Taa'la. "

6) Hukum berpuasa tetapi tidak menunaikan solat

Soalan : Bagaimanakah hukum seseorang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat? Adakah puasanya sah di sisi Allah?

Jawapan :

Seseorang yang muslim semestinya harus menunaikan solat dan tidak boleh sama sekali meninggalkannya melainkan disebabakna keuzuran. Dalam masalah ini,  telah disebut dalam ayat Al-Qura'n :

Maksudnya : " Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan".

                                              (Surah al-Baqarah : ayat 58)

Dalam ayat ini, secara ringkasnya memberi gambaran bahawa ada golongan manusia yang hanya melaksanakn beberapa tuntutan sahaja dan meninggalkan tuntutan wajib yang lain. maka perbuatan ini amat dilarang oleh syarak.

Manakala berkaitan dengan masalah puasa samada ia sah atau tidak, puasanya dikira sah walaupun tidak menunaikan solat. Tetapi dengan meninggalkan solat dengan sengaja,itu merupakan salah satu dosa besar.

7) Perkara-perkara makruh dilakukan dalam bulan Ramadhan

Soalan : Apakah perbuatan yang menyebabkan puasa menjadi makruh dalam bulan Ramadhan?

Jawapan :

Puasa makruh disebabkan :
- berbekam
- mengeluarkan darah
- bercumbuan sesama suami isteri
- merasa makanan
- bersugi selepas gelincir matahari
- mencium wangian.

...untuk mengetahui lebih banyak kemusykilan Ramadhan, boleh lah membeli buku hasil karya penyusunan Mohamad Hanif bin haron yang bertajuk Merungkai kemusykilan Ramadhan...

~ Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah ~

Monday 6 August 2012

Kemusykilan RAMADHAN

Assalamualaikum..

Dipetik daripada buku : 
merungkai kemusykilan Ramadhan (Ustaz Mohamad Hanif Haron)

1) Pengertian Puasa

Soalan : apa erti puasa dari segi bahasa & istilah?

Jawapan :

Puasa dalam bahasa arab bererti صوم secara bahasa diertikan sebagai menahan diri. Istilah syara' pula bermaksud menahan diri untuk suatu jangkamasa tertentu.

2) Maksud Puasa & Hikmah

Soalan : Apakah maksud sebenar ibadah puasa yang lebih terperinci dan hikmah ibadah puasa?

Jawapan :

Puasa bereti menahan diri daripada makan & minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Umat islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia.

~ Ini kerana ibadah puasa merupakn satu medan latihan memupuk sifat mahmudah dan secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya. Ia menjadi harapan kita agar kesemua nilai baik ini akan terus dipraktikkan pada bulan-bulan seterusnya. InsyaAllah.

3) Permasalahan tentang lafaz niat dalam bahasa melayu atau bahasa lain.

Soalan : Adakah wajib kita niat puasa dalam bahasa arab atau memadai dengan bahasa melayu?

Jawapan :

Niat adalah dalam hati, bukan pada lidah yang melafazkan niat. Tidak wajib & tidak juga sunat berniat dalam bahasa arab, memdai dalam bahasa yang difahami. Tetapi lebih baik & mendapat pahala jika diamalkan dalam bahsa Arab dengan niat kita cinta kepada Bahasa Arab sebagai bahasa yang ditutur oleh Nabi Muhammad SAW serta merupakan bahasa Al-Qur'an dan bahasa ahli syurga.

4) Niat Puasa Ramadhan untuk sebulan

Soalan : Adakah boleh bagi seseorang berniat puasa selama sebulan sekaligus & bagaimana lafaz niatnya?

Jawapan :

Boleh & memadai jika diniat puasa sepanjang bulan dari awal Ramadhan menurut mazhab Imam Malik rahimahullah.Harus bagi mereka yang bermazhab Imam As-Syafie juga boleh mengikut pendapat ini jika takut terlupa atau ingin berjaga-jaga supaya tidak terlepas dari niat di malam harinya.



...Bersambung...

Salam Ukhuwwah

Assalamualaikum..

Tarikh : 06 Aug 2012 (17 ramadhan 1433h- Nuzul Qur'an)
Khusus buat semua pembaca blog jendelaaddin.blogspot.com. thanks kerana sudi menjengah blog yang masih baru ni. Tujuan blog ni dicipta (maaf andai tersalah ayat) untuk kita sama2 share segalanya tentang Islam..

InsyaAllah...

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan Salam Ramadhan 1433h..

~ Syukran jazilan ~
All right reserved by me @copyright protected