Sunday 14 July 2013

•WANITA CANTIK DI MATA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

Assalamualaikum..

Seorang wanita biasa akan tampak cantik di mata Allah. Seorang wanita manis akan terlihat semakin manis di mata Allah.Dan seorang wanita cantik akan terlihat jauh lebih cantik di mata Allah.

Siapakah Wanita itu? Dia adalah :

• Wanita yang senantiasa menjaga keimanan dan ketaqwaannya. kepada Allah SUBHANAHU WA TA'ALA.

•Wanita yang senantiasa berpegang pada Sunnah Rasul-Nya.

• Wanita yang senantiasa berbakti kepada kedua orang tuanya.

• Wanita yang senantiasa patuh dan taat kepada suaminya (jika sudah bersuami).

• Wanita yang senantiasa menutupi auratnya serta tak berlebihan jika berhias.

• Wanita yang senantiasa menjaga kehalusan dan kesopanan dalam bertutur kata.

• Wanita yang senantiasa menjaga keindahan dan kemuliaan akhlak serta tingkah lakunya.

• Wanita yang senantiasa bersikap ramah dan saling
menyayangi antara sesama.

• Wanita yang senantiasa bersikap hormat kepada yang lebih tua dan bersikap menghargai kepada yang lebih muda.

•Wanita yang senantiasa bisa menjauhkan diri dari sekumpulan orang yang suka membicarakan kejelekan orang lain serta tidak suka memfitnah.

•Wanita yang tidak suka mempertontonkan kecantikan dαή kemolekan tubuhnya (Tabarruj) kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

• Dan wanita yang pandai menempatkan diri baik dalam bertutur kata serta sikap ketika bersama siapapun ia bergaul dαή dimanapun ia berada.

Sungguh wanita seperti itu begitu mulia di hadapan Allah.
Yuk mulai sekarang berusaha setahap demi setahap untuk meraihnya.

Semoga κίtά termasuk wanita wanita yang di Cintai Allah SUBHANAHU WA TA'ALA.

Aamiiin..

Saturday 13 July 2013

Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum
Salam Ramadhan 1434h.. Kali ini, ana ingin share kelebihan Ramadhan :
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 
All right reserved by me @copyright protected