Monday, 12 November 2012

Kelebihan Wanita

Assalamualaikum...



~* Seorang wanita boleh memasuki PINTU SYURGA melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 SYARAT sahaja :

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya 






Seorang lelaki perlu pergi BERJIHAD FISABILILLAH tetapi wanita jika TAAT akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut MENERIMA PAHALA sama seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah TANPA PERLU mengangkat senjata..

MasyaAllah,
SAYANGNYA Allah pada wanita..❤

Sunday, 28 October 2012

Diari Hati Seorang Lelaki

Assalamualaikum..


Salam Aidiladha 1433H..semoga kita sentiasa dalam keredhaanNya. amin.

Hari ini ana nak share kata2 yang mungkin berguna buat kaum hawa di luar sana. InsyaAllah...

Tahukan Anda Wahai Insan Bergelar Kaum Hawa...?

~ ♥ .Seorang Lelaki Mecuba Sedaya-Upaya Untuk Menjaga Perasaan Kamu...Meskipun Kadang-Kala Dialah yang Telah Menyakiti Kamu...

~ ♥.Seorang Lelaki Mencuba Untuk Menjadi Yang Terbaik Untuk Kamu..Meskipun Dia Tahu Dia Tidak Mampu...


~ ♥ Seorang Lelaki Sanggup Merendah Egonya Demi Mencintai Kamu...

~ ♥ Seorang Lelaki Yang Sejati Akan Sentiasa Berdiri Di belakang Kamu..Dan menyokong Segala Tindakan Kamu...



~ ♥ Seorang Lelaki Akan Menjaga Kamu Dengan Sepenuh Cintanya Jika Ditakdirkan Kamu Menjadi Miliknya...

~ ♥ Seorang Lelaki Juga Mampu Menitiskan Air Matanya...Jika Ia Melibat Hati..Perasaan...Cinta..Dan Nyawa Seseorang yang Dicintainya...

~ ♥ Seorang Lelaki Sanggup Mengadaikan Nyawanya Jika Hanya Itulah Caranya Untuk Membahagiakan Orang Yang Dicintainya...

Dan..

Seorang Lelaki Yg Bergelar Suami..Mampu Memberi Kamu Sesuatu Yang Lebih Dan Tidak Mampu Diberi Oleh Kekasih Hati Kamu...

Iaitu...Cinta Yang Ikhlas, Suci Dan Diredhai Allah ~

Oleh Itu...
Dengarlah Rintihan Hati Mereka...Seperti Mana Mereka Berada Di Sisi Kamu Ketika Kamu Memerlukanya..

Kerana Tanpa Mereka..
Kamu Umpama Sebentuk Permata Yang Tiada Nilainya...

♥.♥

# Diari Hati Seorang Lelaki....


Sunday, 9 September 2012

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM DILAHIRKAN ♥♥

Assalamualaikum..

  
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

 

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”



Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”





* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”



Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.




 


* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”







Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


 


~ SAYANGI IBU BAPA ANDA & HARGAI JASA MEREKA ~

Saturday, 8 September 2012

Thursday, 6 September 2012

AMALAN MENERANGKAN KUBUR

Assalamualaikum
 
 Antara amalan yang boleh menerangkan kubur :

- Ikhlas dalam beribadat.

- Mantaati kedua ibubapa.

- Menghubungi silaturrahim.

- Jangan mensia-siakan umur dalam kemaksiatan.

- Jangan memperturutkan hawa nafsu.

- Bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada Allah.

- Sentiasa berzikir kepada Allah.
All right reserved by me @copyright protected