Harap anda semua sihat,in sha Allah..Maaf.Sebab dah lama tak update.Esok 5 Mei 2013, hari mengundi..Pada yang cukup umur dan sudah daftar, jom kita sama-sama pergi mengundi ya.. Tunaikan kewajipan anda...Begitu juga saya..
Saya tak berpihak pada mana-mana parti TAPI saya memilih pemimpin yang adil dan berpegang teguh pada jalan Allah.. Anda pula bagaimana? Jangan biarkan hak diri kita sebagai rakyat ditindas. Moga Allah sentiasa melindungi kita daripada difitnah dan moga kita dijaui daripada godaan syaitan..
Esok..kita sama-sama pergi mengundi ok..Jom...Ini kali lah =)....
Peperangan di Palestin kembali. Umat Islam di bunuh dengan mudahnya oleh tentera Israel. MasyaAllah.. Sasaran utama mereka adalah kanak-kanak. Ramai kanak- kanak yang tidak berdosa dibunuh samada menggunakan senjata api atau dibakar. KEJAMNYA YAHUDI!!! KEJAMNYA ISRAEL...
ALLAHUAKBAR....
Kita sebagai saudara seislam mampu mengalahkan Israel dengan menggunakan DOA kerana Doa adalah senjata kita yang paling mujarab.. Ingin sekali ana pergi ke sana membantu dan mati syahid.. Sedihnya melihat umat Isalm dibunuh dengan sewenang-wenangnya.. MasyaAllah...
song by Maher Zain - PALESTINE WILL BE FREE
Everyday
We keep telling each other That this day will be Will be the last and tomorrow We all can go home free And all this will finally end Palestine tomorrow will be free Palestine tomorrow will be free
No mother, no father to wipe away my tears That's why I won't cry I feel scared but I won't show my fears I keep my head high Deep in my heart I never have any doubt That Palestine tomorrow will be free Palestine tomorrow will be free
I saw those rockets and bombs shining in the sky Like drops of rain in the sun's light Taking away everyone dear to my heart Destroying my dreams in a blink of an eye What happened to our human rights? What happened to the sanctity of life? And all those other lies? I know that I'm only a child But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands Every precious grain of sand Every stone, and every tree 'Cause no matter what they do They can never hurt you 'Cause your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free Palestine tomorrow will be free
Kepada saudara-saudara seislam ana di luar sana, ayuh kita sama2 mendoakan agar mereka tabah dan pastinya ISLAM akan MENANG.. ALLAHUAKBAR.... ALLAHUAKBAR....
Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda iaitu membayar zakat fitrah untuk diri anda dan tanggungan anda apabila tiba bulan Ramadhan?
Saya sudah. Anda? =)
MAKNA
Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam tanpa mengira umur dan dimana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.
Ia sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan juga buruk untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 syawal (siang & malam).
KADAR FITRAH
Kadar Fitrah : satu gantang Baghdad (2.3 kg beras) atau senilai dengannya (ijtihad).
Kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2012/1433H.
SYARAT ZAKAT FITRAH
1) Islam.
2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih daripada keperluan diri dan tanggungannya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya.
3) Dapat menemui dua masa (akhir Ramadhan dan awal Syawal).
- Orang yang meninggal dunia sebelum matahari terbenam atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam 1 syawal tidak wajib fitrah ke atasnya.
GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1) Fakir Miskin
2) Amil zakat
3) Muallaf
4) hamba yang ingin memerdekakan dirinya
5) Orang yang berhutang
6) Fi sabilillah
7) Ibnu Sabil
WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
Terbahagi kepada 5 :
1) Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya.
2) Waktu paling afdhal : Sebelum Solat Sunat AidilFitri.
3) Waktu Sunat : Sepanjang Ramadhan.
4) Waktu Makruh : Selepas Solat Sunat AidilFitri sehingga terbenam matahari 1 syawal.
5) Waktu haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal.
NIAT ZAKAT FITRAH
Lafaz Ijab :
Inilah zakat fitrah yang wajib ke atas diri saya dan tanggungan saya tahun ini kerana Allah Taa'la.