Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum
Salam Ramadhan 1434h.. Kali ini, ana ingin share kelebihan Ramadhan :
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 

Wednesday, 15 August 2012

RAMADHAN HAMPIR BERLALU PERGI

Assalamualaikum..

sedihnya Ramadhan hampir berlalu pergi.


"Sama seperti kehilangan someone. Bila dia dah pergi, barulah kita belajar menghargai."


P/S : million thanks to Muhammad Rusydi coz bagi peluang share =) 



Saturday, 11 August 2012

ZAKAT FITRAH

Assalamualaikum..


Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda iaitu membayar zakat fitrah untuk diri anda dan tanggungan anda apabila tiba bulan Ramadhan?

Saya sudah. Anda? =)


MAKNA

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam tanpa mengira umur dan dimana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu.

Ia sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan juga buruk untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 syawal (siang & malam).


KADAR FITRAH

Kadar Fitrah : satu gantang Baghdad (2.3 kg beras) atau senilai dengannya (ijtihad).

Kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2012/1433H.


SYARAT ZAKAT FITRAH
1) Islam.

2) Mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih daripada keperluan diri dan tanggungannya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya.

3) Dapat menemui dua masa (akhir Ramadhan dan awal Syawal). 
- Orang yang meninggal dunia sebelum matahari terbenam atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam 1 syawal tidak wajib fitrah ke atasnya.


GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1) Fakir Miskin
2) Amil zakat
3) Muallaf
4) hamba yang ingin memerdekakan dirinya
5) Orang yang berhutang
6) Fi sabilillah
7) Ibnu Sabil


WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
Terbahagi kepada 5 :

1) Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit       matahari keesokan harinya.

2) Waktu paling afdhal : Sebelum Solat Sunat AidilFitri.

3) Waktu Sunat : Sepanjang Ramadhan.

4) Waktu Makruh : Selepas Solat Sunat AidilFitri sehingga terbenam matahari 1 syawal.

5) Waktu haram : Selepas terbenam matahari 1 syawal.


NIAT ZAKAT FITRAH

Lafaz Ijab : 

 Inilah zakat fitrah yang wajib ke atas diri saya dan tanggungan saya tahun ini kerana Allah Taa'la.


DOA ZAKAT FITRAH


Thursday, 9 August 2012

LAILATUL QADR

Assalamualaikum...

 Lailatul Qadr adalah pada 10 malam terakhir yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam kerana ia adalah malam yang penuh dengan keberkatan dan ia lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang dapat kebaikan pada malam tersebut adalah orang yang paling beruntung.


Daripada Hazrat Abu Hurairah R.A,

Rasulullah S.A.W telah bersabda :

" Sesiap yang berdiri beribadat pada malam Lailatul Qadr dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran), akan diampunkan dosanya yang terdahulu."

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun 'alaih) - at-Targhib)

Sumber  : Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. (Terjemahan Ustaz Muhammad Razif bin 'Abd. Wahab). 1999, FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur : Era Ilmu Sdn.Bhd. m.s 63


Hikmah
Apabila seseorang mengetahui malam lailatul qadr, eloklah dipierbanyakkan doa dan istigfar serta beribadat  pada malam dan keesokannya, untuk mendapat fadhilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam dengan ibadat (sekurang-kurangnya melakukan solat jemaah setiap waktu Maghrib, isyak dan subuh), kata ulama dia pasti peroleh fadhilat Lailatul Qadr.
 

 
 

Tuesday, 7 August 2012

Kemusykilan RAMADHAN (sambungan)

..... sambungan .....

Dipetik daripada buku : 
merungkai kemusykilan Ramadhan (Ustaz Mohamad Hanif Haron)

5) Niat sebulan puasa tetapi terdapat perkara-perkara yang menghalang untuk berpuasa.

Soalan : Jika saya niat puasa sebulan sekaligus mengikut mazhab Imam Malik tetapi pada pertengahan bulan Ramadhan saya tidak berpuasa disebabkan haid atau sebab-sebab tertentu seperti sakit atau lain-lainnya. Adakah memadai dengan saya berniat sebulan pada awalnya untuk terus berpuasa atau perlu memperbaharui niat semula?

Jawapan : 

Jika puasa ramadhan kita terputus disebabkan haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa seterusnya. sebaliknya hendaklah memperbaharuiniat apabila tiadak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa ramadhan. Maksudnya dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa ramadhan yang berbaki iaitu niatnya :

" Sahaja aku berpausa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Taa'la. "

6) Hukum berpuasa tetapi tidak menunaikan solat

Soalan : Bagaimanakah hukum seseorang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat? Adakah puasanya sah di sisi Allah?

Jawapan :

Seseorang yang muslim semestinya harus menunaikan solat dan tidak boleh sama sekali meninggalkannya melainkan disebabakna keuzuran. Dalam masalah ini,  telah disebut dalam ayat Al-Qura'n :

Maksudnya : " Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan".

                                              (Surah al-Baqarah : ayat 58)

Dalam ayat ini, secara ringkasnya memberi gambaran bahawa ada golongan manusia yang hanya melaksanakn beberapa tuntutan sahaja dan meninggalkan tuntutan wajib yang lain. maka perbuatan ini amat dilarang oleh syarak.

Manakala berkaitan dengan masalah puasa samada ia sah atau tidak, puasanya dikira sah walaupun tidak menunaikan solat. Tetapi dengan meninggalkan solat dengan sengaja,itu merupakan salah satu dosa besar.

7) Perkara-perkara makruh dilakukan dalam bulan Ramadhan

Soalan : Apakah perbuatan yang menyebabkan puasa menjadi makruh dalam bulan Ramadhan?

Jawapan :

Puasa makruh disebabkan :
- berbekam
- mengeluarkan darah
- bercumbuan sesama suami isteri
- merasa makanan
- bersugi selepas gelincir matahari
- mencium wangian.

...untuk mengetahui lebih banyak kemusykilan Ramadhan, boleh lah membeli buku hasil karya penyusunan Mohamad Hanif bin haron yang bertajuk Merungkai kemusykilan Ramadhan...

~ Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah ~

Monday, 6 August 2012

Kemusykilan RAMADHAN

Assalamualaikum..

Dipetik daripada buku : 
merungkai kemusykilan Ramadhan (Ustaz Mohamad Hanif Haron)

1) Pengertian Puasa

Soalan : apa erti puasa dari segi bahasa & istilah?

Jawapan :

Puasa dalam bahasa arab bererti صوم secara bahasa diertikan sebagai menahan diri. Istilah syara' pula bermaksud menahan diri untuk suatu jangkamasa tertentu.

2) Maksud Puasa & Hikmah

Soalan : Apakah maksud sebenar ibadah puasa yang lebih terperinci dan hikmah ibadah puasa?

Jawapan :

Puasa bereti menahan diri daripada makan & minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Umat islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia.

~ Ini kerana ibadah puasa merupakn satu medan latihan memupuk sifat mahmudah dan secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya. Ia menjadi harapan kita agar kesemua nilai baik ini akan terus dipraktikkan pada bulan-bulan seterusnya. InsyaAllah.

3) Permasalahan tentang lafaz niat dalam bahasa melayu atau bahasa lain.

Soalan : Adakah wajib kita niat puasa dalam bahasa arab atau memadai dengan bahasa melayu?

Jawapan :

Niat adalah dalam hati, bukan pada lidah yang melafazkan niat. Tidak wajib & tidak juga sunat berniat dalam bahasa arab, memdai dalam bahasa yang difahami. Tetapi lebih baik & mendapat pahala jika diamalkan dalam bahsa Arab dengan niat kita cinta kepada Bahasa Arab sebagai bahasa yang ditutur oleh Nabi Muhammad SAW serta merupakan bahasa Al-Qur'an dan bahasa ahli syurga.

4) Niat Puasa Ramadhan untuk sebulan

Soalan : Adakah boleh bagi seseorang berniat puasa selama sebulan sekaligus & bagaimana lafaz niatnya?

Jawapan :

Boleh & memadai jika diniat puasa sepanjang bulan dari awal Ramadhan menurut mazhab Imam Malik rahimahullah.Harus bagi mereka yang bermazhab Imam As-Syafie juga boleh mengikut pendapat ini jika takut terlupa atau ingin berjaga-jaga supaya tidak terlepas dari niat di malam harinya.



...Bersambung...

All right reserved by me @copyright protected