Assalamualaikum..
Hari ini adalah hari Jumaat.. Tarikh : 28/12/2012 BERSAMAAN 15 safar 1434H.. Hari ini adalah jumaat terakhir dalam tahun 2012. Pantas sungguh masa berlalu..
Tertanya-tanya.. Sudah cukupkah amalan kita untuk kembali padaNya? Adakah kita sudah bersedia andai ajal menjemput kita? Allahuakbar.. Hanya Allah lebih mengetahui segalanya.. Persiapkan diri untuk kembali menemuiNya.. Ajal menjemput kita bila-bila masa sahaja..
Moga esok adalah lebih baik daripada hari ini..
Wasiat Saidina Abu Bakar R.A :
1) Mencintai dunia merupakan satu kegelapan, penerangnya adalah TAQWA.
Firman Allah yang bermaksud :
" Sesungguhnya orany yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah orang yang lebih bertaqwa ". (Surah Al-Hujarat, ayat 13)
2) Dosa itu adalah kegelapan, TAUBAT itu PENERANGNYA.
3) Kubur alah suatu kegelapan, PENERANGNYA adalah " Laa ilaha illallah".
4) Akhirat itu suatu kegelapan, Amalan-amalan soleh itu PENERANGNYA.